Saturday, December 19, 2015

Resipi Tomyam Kedai Awe (siam)

shared Yuss Aisya's post.

Hasil berguru dgn org sana (siam) sy kongsikan pula di sini... 3 element utama tomyam iaitu :
masam, pedas, savory.
~Tomyam Kedai Awe (siam)~


Okey. Kesilapan guna udang. Udang perlu celur dulu. Air celur tu punca tomyam jadi manis. Which is will ruin soup base. Celur kejap je. Masuk dlm air gelegak seminit dan tos. Air tu jgn guna dlm tomyam kita. Save air tu utk kegunaan lain.


Akar ketumbar. Khasiatnya byk. Buang toksin. Buang angin. Cuci darah. Bersihkan betul2 masuk je skali. Tp daunnya masuk setelah sup dah masak ye

Ni pun penting. Udang tinggi kandungan asid urik. Blh menyebabkan gout. Tp jgn takut. Allah buat elok2 dah. Dimana ada racun situ ada penawar. Kulit jgn buang abis. Tinggalkan separuh. Kulit yg tinggal tu adalah penawar asid urik. Cegah bukan mengubati. 


Antara bahan asasnya. Ramai x tau lengkuas dan akar ketumbar penting. Sayur yg dibolehkan ialah yg tidak manis sahaja. Susu cair atau santan hanya sedikit (sy guna sesenduk saja) dan masuk ketika api sudah padam. Penting. 
Utk dpt sup yg sedikit lemak dan pekat. Sy tekankan skali lg SUSU CAIR / SANTAN.

Cara masak: 

Masuk je semua bahan kecuali udang / sotong dan sayur dlm air dan renih je smpai gelegak. Pastu baru masuk sayur kegemaran diakhiri udang / sotong. Matikan api dan masuk santan / susu cair sesenduk dua bergantung kuantiti masakan. Mesti dah matikan api baru masuk santan ye.


Ni sy tambah crab stick sbb sy suka. Resepi tetap sama je. Bahan terpulang kita. Ni gambar tgh masak tau. Api belum tutup. Belum masuk susu/ santan. Sbb tu kuah merah



Ni versi seafood saja. Cuma tambah terung pipit. Resepi tetap yg sama. Perhatikan kuahnya dah putih dan pekat sikit sbb dah masuk susu/ santan. Rasanya masam, pedas dan lemak.

No comments:

Post a Comment