Monday, August 31, 2015

Resepi lasagna bread

Kalau nak p picnic ke potluck ke.. menu ni bole lah menyedapkan tekak.. thanks akak sharing.. gigih betul edit gambo ye kak..salute !





Atas permintaan kwn2...ni dia resepiku lasagna roti..sila la cuba ya..senang sgt..
Resepi lasagna bread
====================
8 Keping roti (**bergantung pada saiz loyang/bekas)
1 paket daging Kisar Ramli
Sos Prego (3-4 sudu )
1 Biji Bawang Hollen + 2 ulas Bawang Putih
Capcicum
Cendawan butang
1 batang Lada merah & 3-5 batang cili api
100ml fresh milk
Serbuk Lada hitam
Sos lada hitam (optional)
Daun sup & daun bawang
Sos cili
Cara untuk Sos Daging
===================
Tumiskan bawang hollen dan bawang putih yang telah dipotong dadu
Masukkan daging cincang dan goreng hingga berubah warna daging tersebut
Masukkan 3 atau 4 sudu sos prego (ikut suka)
Masukkan sedikit cendawan butang
Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan sos lada hitam dan garam serta gula secukup rasa..
Masukkan lada benggala, lada merah dan cili api dan daun sup dan daun bawang.
Ok Siap..
Cara untuk Melapis
=================
Sapukan loyang dengan butter/marjerin
Telur ayam dipukul bersama 100 ml fresh milk
Celupkan roti dalam telur.
Susun dalam loyang/bekas aluminium.
Kemudian, ratakan sos daging
Susun slice cheese
Ulang semula seperti lapisan pertama (roti & sos daging)
Habiskan sos daging yang berbaki
Lebihan telur disiram atas sos daging
Susun slice cheese
Dan taburkan mozarella cheese & cheddar cheese banyak2
Tuangkan sedikit sos cili di atas taburan cheese
**Bakar pada suhu 160 - 180 darjah sampai masak. Dalam 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing.
Tadaaa. Dah siap. Harum bau cheese mencair menusuk dalam hidung. 😍😍😍😍

No comments:

Post a Comment