Tuesday, August 25, 2015

Folder kena virus la pulak

Panic jap, stop and think,
camne weh semua kerja duk dalam tu

adui mak
ginilah kalau idok reti IT IT ni

mujurlah ade en ni ajor satu satu haaaaaaaaaaaaaaa, camne nak buang virus, kalau rasa tak berapa berapa nak nampak tu, klik lah gambar dia ye akak akak... mood kena sabo tunggu gambo loading ye
















tulisan asal en izzudin di FB :

Masalah file jadi Shortcut ni memang perkara biasa, lagi2 pelajar/Guru Sekolah atau pelajar Universiti.. time nak buat kerja je, tetiba file tak boleh bukak atau hilang.
Punca : USB Drive infected by Autorun.inf - Virus (Worm) atau virus lain.
So, macam mane nak hilangkan masalah ni? Jangan risau, klau virus Autorun.inf belum mampu hilangkan file anda, tapi kemungkinan menyebabkan sedikit kerosakan pada file.
Berikut adalah antara kaedah untuk menyelesaikan masalah ini :
Kaedah 1 :
1. Download Freeware : USB Show (Secured) Link : goo.gl/rZPO04
2. (gambar 1) Execute (bukak) file tu , tukar kepada bahasa English, kemudian tekan "Recovery the hidden files".
3. (gambar 2) Pilih "This PC" (Windows 8, 8.1 atau 10) atau "My Computer" (Windows 7, Vista, XP dll)
4. (gambar 3) Cari USB Drive yang dipasang, pilih dan tekan OK.
5. Tunggu sehingga selesai (gambar 5 & 6) dan anda akan nampak semua file anda.
Kaedah 2 :
1. (Gambar 1) Perhati dan ingat HURUF kat pendrive (USB drive).
2. (Gambar 2) Right Click kat logo Windows (sudut bawah kiri), pilih Command Prompt (Admin), kemudian ade keluar kt Screen untuk permission, tekan Yes.
3. (Gambar 3) Bila keluar kotak hitam tu, ikut arahan macam dalam gambar.
Keadah 3 :
1. (Gambar 1) Right Click kat logo Windows (sudut bawah kiri), pilih Control Panel.
2. (Gambar 2) Kat Control Panel, cari "Appearance and Personalization". (ATAU kalau tak ade, cari Folder Options dan skip langkah seterusnya).
3. (Gambar 3) Pilih "File Explorer Options" (Windows 10) ATAU "Folder Options" (Windows 8.1, 8, 7, Vista, XP dll).
4. (Gambar 4) Bila keluar option dia, pilih "View", pilih "Show hidden files, folders and drives", untick "Hide Protected operating system files (Recommended)". Kalau ade keluar Warning, tekan Yes.
Dah siap tu, boleh la install Kaspersky AutoRunClean dan Kaspersky Virus Removal Tools.. dah install tu scan, jangan biar aje.

No comments:

Post a Comment