credit : theantdaily
contoh pakaian dari butik Bella Ammara
Rumusan yang i boleh buat dr cerita tokey Bella Ammara ini adalah :
- modal kecil bole niaga
- nak niaga kena ada ilmu
- bergantung kpd rezeki dari Allah, so kena jaga ibadat
- usaha tanpa putus asa
Mohla kite baca karangan Carl Samsudin
Assalamualaikum
Dengan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Dengan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Hujung minggu ini 29hb Ogos 2015 (Sabtu) merupakan pembukaan rasmi pembukaan butik ke-5 saya Bella Ammara di Johor Bahru. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar. Sambil memandang susuk tubuh bangunan di Bandar Baru Uda, JB ini. Terkenang kisah 3 tahun lepas. Nak beli burger untuk Belle (now dah jadi wife) pon tak mampu. Sesak.
Bulan Julai 2015, genap 3 tahun penubuhan Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan pada Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini. Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan. Mana tahu perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.
2010-2011. Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal kimia di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka. Kimia mengajar saya untuk buat kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya mulai takut & gentar. Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Ini susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat stabil.
Nekad.
Saya berhenti.
Cuba cari jalan berniaga.
Tapi, tak jumpa.
Saya berhenti.
Cuba cari jalan berniaga.
Tapi, tak jumpa.
Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang. Kereta Perodua Kenari kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi RM5 sehari. Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada saya berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu. Setengah tahun saya belajar bagaimana untuk menjadi usahawan seperti orang yang berjaya lain. Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang berniaga menjual emas. Target jualan, 3KG emas sebulan. Kalau tak lepas target, kena buang. Tersedak!
Tetapi saya nekad juga untuk join Bank. Saya join banking sector sebab saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita makin susah hari demi hari. Saya menyertai bank sebagai 'Gold Salesman/tradder'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan emas & perak sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin jatuh nilainya. Duit tidak akan sesekali jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin miskinlah kita. Saya cuba kerja sampai saya capai matlamat saya - No.1 Gold Trader di bank tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan. Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.
July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60 sahaja. RM60 digunakan untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan (Disember 2012) selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit untuk kahwin? Minta maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan dan sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati. Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir. Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah SAW dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat bangsa saya? Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah SAW berbanding bangsa saya. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan perang terhadap hambanya. Allahumma inni as'aluka ridhaka wal jannah wa a'uzu bika min sakhatika wannar. Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya mula cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri Alhamdulillah, Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama kucing-kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu keluarga mendapat duit lebih dengan penubuhan jenama OSRA dan Pudore, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri Bella Ammara di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan insyaAllah hujung minggu ini di Johor Bahru dan juga dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya yang lain.
Mungkin ini baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 10,000 pasang koleksi-koleksi hari ini. Apa yang saya nak sampaikan. Dunia kita ini makin teruk. Ekonomi kita ini makin teruk. Ketua-ketua kita hari ini juga makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan menjadi makin susah hari demi hari kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Lihatlah nilai duit kita hari ini? Saya dah jangka dari tahun 2010 lagi saat ini akan terjadi. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih kalau bukan untuk diri, carilah untuk bantu orang lain. Usaha dan ingat! Allah pasti akan bantu. YaAllah dialah pemberi segala rezeki di bumi ini. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Semua yang saya ada ini adalah milik Allah. Bella Ammara itu juga hak milik Allah, saya cuma pinjam untuk melaksanakan tugas yang Allah amanahkan kepada saya.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau rezeki sentiasa sangkut, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah SWT dan jujurkah kita semasa mencari rezeki Allah SWT?
Hari ini Alhamdulilah. Saya mengetuai 10 syarikat dan mempunyai lebih dari 50 orang staff. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit. Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.
Carl Samsudin, 28
No comments:
Post a Comment