Hasil tangan puan Rina kita di Fb, silalah tuan tanah cuba nanti, jgn malas malas ye mama, boleh klik nama fb dan link di bawah untuk direct ke FB ahkak ni ok
Rina Talib Full added 14 new photos to the album: RISOLES DAGING BER CHEESE.
1- inti daging yg telah dimasak
2- kulit risoles
3- telur
4- serbuk roti
5- mozarella cheese
Resepi Inti Risoles
Bahan2nya:
* 400gm daging cincang (nak letak lebih pun boleh... ikut suka hati hampa lah)
* 3biji kentang size besaq @ 5biji size sederhana ##
* 1 biji bawang besaq ##
* 3sudu kecik serbuk lada hitam
* 5 ulas bawang putih
* sedikit minyak utk menumis
* 1 cawan air biasa
* bahan perisa secukup rasa
* 2sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
=bahan ## potong dadu dan campur kedua2nya
CARA2NYA
1- tumis bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga naik bau..
2- masukkan daging hancur dan kacau rata... biar dalam 5minit dan masukkan ubi kentang + bawang besar yg telah di dadu tadi...+ 1cawan air biasa. kacau lg...
3- masukkan serbuk lada hitam kacau sekali sekali sehingga air agak kering...
4- masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan kacau hingga kering dan agak pekat dan melekat.... perisakan
5- tuang dalam bekas yg berlubang seperti dalam gambar ataupun penapis supaya minyak dan cecair yg ada turun kebawah.
RESEPI KULIT RISOLES
BAHAN2nya
* 2cawan tepung gandum
* 2 cawan santan pekat (sy guna santan kotak)
* 1 1/2 cawan air biasa
* Garam secukup rasa
* 1 biji Telur
CARA2nya
1- Blender kesemuanya dan tuanh kedalam bekas... kepekatannya agak2 boleh dilenggang... lebih kurang mcm nak buat kulit ketayap.
haaa... dah siap dah... ni la hasilnya. dapatlah dalam 30keping kulit risoles ni... byk jugak.
gulungnya pun mcm ketayap jugaklah... ok. mula2 ambik kulit letak inti memanjang mcm tu dan ambik cheese letak atasnya... ikut sukalah nk boh cheese banyak mana pun... suka byk bohlah byk
ni cara sy lipat... dari depan dulu... sy suka mcm ni supaya inti tu tak bersepah
Seperti yg dijanjikan... mlm ni jugak chik ina bagi resepi....smile emoticon lama dah rasa tak share resepi air tangan chik ina utk u olls peminat setia dapur chik ina ni... (ewah!!! hahahaha) ok. utk harini dan malam ni kita belajaq buat risoles.... caranya mudah bahannya pun mudah.... sesuai utk buat breakfast dan minum ptg.... harini chik ina buat frozen senang utk anak2 ke sekolah... so besok pagi chik ina tak payah nk pikiaq2 dah... bangun pagi goreng ja Risoles.... SIAP!!!!
utk resepi ni ambiklah jika u olls rasa nk cuba... chik ina halalkan dunia dan akhirat...smile emoticonkalau ada yg nak buat jual pun silalah.... chik ina tak byk ilmu nak dikongsi apa yg boleh, chik ina bg...tp 1ja chik ina minta... kalau nk simpan Silalah tekan SHARE jgn copy paste dan simpan... mohon sangat2. mudah2an rezeki kita diberkati bersama... mudah2an ilmu yg dikongsi beroleh kebaikan... ameeennn... selamat mencuba...smile emoticon
utk resepi ni ambiklah jika u olls rasa nk cuba... chik ina halalkan dunia dan akhirat...smile emoticonkalau ada yg nak buat jual pun silalah.... chik ina tak byk ilmu nak dikongsi apa yg boleh, chik ina bg...tp 1ja chik ina minta... kalau nk simpan Silalah tekan SHARE jgn copy paste dan simpan... mohon sangat2. mudah2an rezeki kita diberkati bersama... mudah2an ilmu yg dikongsi beroleh kebaikan... ameeennn... selamat mencuba...smile emoticon
*** pasti ada yg bertanya... kalau nk guna kulit popia boleh tak? kan? ok... kalau guna kulit popia tak jd risoles... dia akan jd samosa. texture nya rangup berbanding kulit yg kita buat ni lembut mcm ketayap tu... sedap jugak rangup pun tapi tak bolehlah nk panggil risoles... panggilah samosa yer... faham kot nooo...smile emoticon
Terima kasih share resepi.
ReplyDeleteNak tanya... kalau nk buat frozen kn goreng separa masak dl jugak ke.. sbb dh golek ngan telurkan...
ReplyDelete