Monday, August 31, 2015

Resipi sambal tempoyak bilis dan petai

Hari ni rasa lapar, kalau kena nasi panas makan dengan sambal tempoyak mesti best.. tapi akak ni share resipi sambal tempoyak ikan bilis dan petai,, walahhhh lagi lapar den menengoknye

sambal tempoyak bilis dan petai

cili padi 
tempoyak
secukup rasa
daun kaduk
daun kesom
daun kunyit
- dihiris halus
ikan bilis
petai
bawang merah dimayang
cili padi dan tempoyak dikisar
panas minyak dlm kuali
masukkan cili padi dan tempoyak yg dikisar
masukkan bawang merah-kacau hingga sebati
masukkan ikan bilis
campurkan kesemua daun yg dihiris halus tadi
kacau lagi dan perasakan dgn garam secukupnya
akhir sekali masukkan petai
kacau hingga masak dan pecah minyak













#printscreenharini nasihat Dr Bilal Philips

Jom follow Dr. Bilal Philips, #printscreenharini merendahkan diri kerana kita ni sebenarnya hanya mahkluk yang bersifat sementara di muka bumi ni..





Resepi lasagna bread

Kalau nak p picnic ke potluck ke.. menu ni bole lah menyedapkan tekak.. thanks akak sharing.. gigih betul edit gambo ye kak..salute !





Atas permintaan kwn2...ni dia resepiku lasagna roti..sila la cuba ya..senang sgt..
Resepi lasagna bread
====================
8 Keping roti (**bergantung pada saiz loyang/bekas)
1 paket daging Kisar Ramli
Sos Prego (3-4 sudu )
1 Biji Bawang Hollen + 2 ulas Bawang Putih
Capcicum
Cendawan butang
1 batang Lada merah & 3-5 batang cili api
100ml fresh milk
Serbuk Lada hitam
Sos lada hitam (optional)
Daun sup & daun bawang
Sos cili
Cara untuk Sos Daging
===================
Tumiskan bawang hollen dan bawang putih yang telah dipotong dadu
Masukkan daging cincang dan goreng hingga berubah warna daging tersebut
Masukkan 3 atau 4 sudu sos prego (ikut suka)
Masukkan sedikit cendawan butang
Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan sos lada hitam dan garam serta gula secukup rasa..
Masukkan lada benggala, lada merah dan cili api dan daun sup dan daun bawang.
Ok Siap..
Cara untuk Melapis
=================
Sapukan loyang dengan butter/marjerin
Telur ayam dipukul bersama 100 ml fresh milk
Celupkan roti dalam telur.
Susun dalam loyang/bekas aluminium.
Kemudian, ratakan sos daging
Susun slice cheese
Ulang semula seperti lapisan pertama (roti & sos daging)
Habiskan sos daging yang berbaki
Lebihan telur disiram atas sos daging
Susun slice cheese
Dan taburkan mozarella cheese & cheddar cheese banyak2
Tuangkan sedikit sos cili di atas taburan cheese
**Bakar pada suhu 160 - 180 darjah sampai masak. Dalam 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing.
Tadaaa. Dah siap. Harum bau cheese mencair menusuk dalam hidung. 😍😍😍😍

Cara Tanam Bawang yang mudah

Akak yang kreatif ni ajor kite tanam bawang lah, mudah dan jimat ruang, jom tanam bawang,, lepas tu pakat gi tuai daun bawang... yay

kekawan jom try, senang aje uponye tnm daun bwg, bshkn srg telur je, tnpa mgunakn tnh...






Kelebihan Solat Dhuha

Nasihat buat diri ini yang selalu lupe, tq dik..


BAB 31 : Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha

Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha

Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang lain untuk berdhuha juga

Resipi ROTI SUSU FULL CREAM

Adamsufi Mazri's album.

ROTI SUSU FULL CREAM

Updated about 10 months ago
assalammualaikum...mama kongsikan satu lagi resepi koleksi GERENTI JADI MAMA ..BUN YANG CUKUP GEBU AND MANTOP....SERIOUSLY GEBU ..MUST WATCH VIDEO DI LINK TERAKHIR YANG MAMA BERIKAN SEBAGAI BUKTI NYA...HIIHI...THIS TIME ..mama fully guna susu sejuk ...tak seperti bun bun lain yang penyediaanya perlu menggunakan air suam ...namun satu perkara yang penting..harus pastikan anda menggunakan yis yang baru , elok and tak masuk angin ok ...if tak confident ngan yis tu still elok or tidak ..boleh guna cara anda bancuh doh roti sebelum nie iaitu mencampurkan yis ke dalam air suam ( gantikan susu sejuk tu ke susu suam pun boleh ) and biarkan yis mengembang baru guna ok ..so jom skodeng resepi nya ..sila abaikan bentuk2 bun mama yang entah apa apa tu ye..still belajar cara nak bentukkan roti till perfect

BAHAN A
500 gram tepung high protein ( t.gandum biasa pun boleh )
110 gram gula halus
7 gram yis kering
5 gram bread improver

BAHAN B
1 biji telor A
240 ml susu full milk dutch lady/ or any kind of milk ok ( pastikan sejuk susunya)
1/4sudu kecil garam halus

BAHAN C
80 gram butter

BAHAN D
SUSU/AIR/MADU – DISEMBUR ATAS BUN SEBELUM DI MASAK
BUTTER- DI SAPU DI ATAS BUN SEJURUS BUN MASAK

CARA2NYA:
Satukan semua bahan A sebati

Kemudian add BAHAN B and terus menguli ..part menguli .adunan memang totally lembut lembik ..dont worry keep on kneeing …rujuk video demo cara mama uli doh untuk bun kacang merah dulu ..uli hingga sebati and jadi doh elok

- NIE LINK VIDEO CARA MAMA ULI TIME BUAT DOH BUN KACANG MERAH
https://www.facebook.com/video.php?v=786156348089293&set=vb.100000848067499&type=3 VIDEO 1
https://www.facebook.com/video.php?v=786161108088817&set=vb.100000848067499&type=3 VIDEO 2

Bila dah jadi doh add butter and keep on kneeing till doh elastic…untuk adunan 500 gram nie if uli guna tangan dlm 1 jam baru elastic..bergantung pada kekuatan ultramen taro anda ketika menguli ok ….

Once dah jadi doh yang cantik…letak dlm bekas yang dah di oles sedikit minyak and a bit minyak sikit kat permukaan doh then seal and wrap kemas…letak kat tempat yang panas untuk doh kembang sekali ganda…

MEMO: CARA MAMA NAK CEPAT KAN PROSES KEMBANG KAN DOH :
1) MAMA PANASKAN OVEN THEN SWICH OFF ELECTRIK ..AND LETAK BEKAS BERISI DOH YANG DAH DIWRAP KEMAS AND TUTUP DENGAN KAIN LEMBAP ..CEPAT IA MENGEMBANG DLM 20 MINIT DAH GABAK MENGEMBANG
2) CARA 2: TELAK DLM OVEN YANG BAWAH NYA KITA LETAK SEMANGKUK AIR PANAS…WAP KAN MANGKUK DOH TU
3) CARA3: LETAK TEPI PETI ICE
4) CARA 4 : LETAK DLM KERETA TIME PANAS TERIK
5) CARA 5: LETAK ATAS RICE COOKER YANG TENGAH KEEP WARM

Once dh kembang sekali ganda…tumbuk2 kan doh untuk keluarkan angin,…
Then boleh terus ke proses pembentukkan
Anda boleh bentuk bulat biasa or letak filling or ikut lah style apa pun yang uolls nak buat…
Bagi mama ..dari satu doh nie mama buat kan :
- Roti sardine- 30 gram
- Roti cheesedale-60 gram
- Roti pizza- 50 gram
- Roti sosej - 70 gram
- Roti kacang merah 65 gram
- Roti sosej cheese mini 40 gram

Boleh rujuk cara mama membentuk comot kat pic tu ya…

Once dah bentuk kan doh ..rehat kan sebentar dlm 10-15 minit atau sehingga doh tadi kembang , sembur dengan sedikit air/ susu / or madu kat permukaan bun before baking .( mama guna susu yang di isi dlm bekas yang boleh sembur tu ).untuk kasi shining ..nk sapu pun boleh .. griss kan Loyang yang nak digunakan dengan butter .

PASTIKAN OVEN ANDA TELAH DI PANASKAN TERLEBIH DAHULU SELAMA 10 MNT PADA SUHU 180’C API ATAS BAWAH OK

ONCE oven dah panas…bakar roti anda selama 15-20 mnt sehingga permukaan keperangan cantik

Dah masak terus sapu butter untuk kasi kilat ya

Then boleh lah ngap …

Sila click kat link video ni untuk tengok betapa gebunya bun bun mama ni ..
https://www.facebook.com/video.php?v=787525484619046&pnref=story
teruja dengan resipi roti ni.. sampai post dulu.
hehehe

Petua Kempiskan Perut Buncit

ini memang rare lah bab bab petua org melayu mmg win, petua kempiskan perut ini mmg murah tak perlu beli produk beratus ratus tp kenalah istiqamah, iye idok... thanks akak yg share


Sapa perut buncit.... Boleh Cuba ni....

Petua untuk kempiskan perut buncit yg berangin.
1. 3 sudu halba direndamkan dlm air (air masak biasa aje) dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut2
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.
Semua bahan2 diatas.
Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun. Boleh disimpan dlm petisejuk letak satu bekas. Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi.dan 2 biji malam. Berterusan diamalkan..perut akan kempis.
* tips cara makan ini : selepas menelan jamu ini..sy standby kan roti atau apa2 kuih utk alas perut. Minum dgn air suam.
*badan akan ringan dan angin akan keluar mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan

Petua Jamu Langsing Homemade

Salam, ketemu lagi kite ye, Salam Kemerdekaan buat semua, kalau nak langsing, ramping, dan jelita meh amalkan makan jamu seperti dishare akak ni, jom..

Jamu Asam Homemade

Contributors: Noor Mila (owner) and Nore Milda

Memiliki tubuh langsing merupakan idaman setiap kaum wanita. Salah satu caranya ialah dengan meminum jamu tradisional. Meminum jamu kunyit asam dipercayai berkesan menurunkan berat badan selain daripada membuang angin dalam badan, melancarkan proses metabolisme tubuh, peredaran darah, membakar lemak terbuang, maka oksigen segar mudah mengalir dalam darah, sehingga mampu mengatur keseimbangan berat badan.
Walau bagaimanapun, jus kunyit asam ini tidak sesuai diambil setiap hari. Maka di syorkan minum jus ini 2 minggu sekali.
Selamat mencuba.






Masukkan halia, kunyit dan manjakani ke dalam periuk > Rebus halia, kunyit dan manjakani sehingga masak dengan 2 cawan air. > Setelah selesai merebus, blend kesemua bahan yang direbus bersama2 dengan air rebusan. > Saringkan dan ketepikan hampasnya. > Jus yang telah disaringkan tadi dimasukkan semula ke dalam periuk, di rebus di atas api perlahan bersama2 dengan gula melaka dan air asam jawa. > Setelah masak, bolehlah di minum perlahan-lahan.

Tips cari telefon android yg hilang

Hp hilang? telefon android hilang...silap letak...ada org curi.. mcm mana nak cari ni,
Tips hari ni, jgn mengelabah kerana kalau masih rezeki... dpt jumpe lagi hp tu... jom try cari dulu hpnye

1.
bolela awak awak semua installs 360 security dlm tu ade function find my phone...boleh activate kan semua function yg berkenaan... sampai boleh delete data incase mmg dicuri...


2.
taip kat google seperti di bawah, nanti dpt lah tau location dia.. kalau dekat boleh dengor ringing mana tau silap letak bawah bantal



selamat mencari uols !

Thursday, August 27, 2015

Petua Jadi Usahawan Berjaya 2015 #printscreenharini

Sape tak kenal Doc, panggilan untuk Azizan Osman memang rugilah. Kalau nak tukar mind set cepat cepat follow en doc ni. Byk lah yang Doc share kat page dia, kalau serius nak jadi usahawan berjaya boleh join seminar seminar Doc. Petua nya kena bermula dari menggerakkan diri sendiri dahulu lepas tu kena persiapkan diri dengan ilmu ilmu keusahawanan dan berbagai lagi.





Resepi Chewy Fudgy Brownies

Saya surrender bab bab mengbaking , tapi mana tahu diberikan kelapangan suatu masa nanti nak jugak try buat brownies..dulu pernah buat kek coklat,,,abah kite puji sedap lepas tu tak buat buat dah, semua benda kan nak kena istiqomah baru ada hasil...

jadi untuk mengubat jiwa yang lara, meh lah tengok akak Tahrunnisah Jali ajo buat brownies ni, nampak super yummy.













Resepi Chewy Fudgy Brownies
250gm dark chocolate (saya guna beryls dark compound)
120gm butter (lurpak)
140gm all purpose flour (tpg gandum pun boleh)
30gm cocoa powder
1 tsp baking powder
3 biji telur saiz A
230gm brown sugar (dark brown sugar pun boleh)
1 tsp esen vanila
secubit garam
bancuhan 1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas (*optional saya suka rasa aroma nya)
** nota tambahan - jika nak letak almond, walnut,atau choco chip ... bakar dulu almond/walnut n campur dlm adunan
** begitu juga kalau nak topping - almond n walnut bakar dulu then baru tabur atas adunan sebelum bakar...
Caranya
1. Panaskan oven 170c selama 10-15 minit ... Gliss permukaan loyang
(8x11) atau (10x10) dengan sedikit butter serta letakkan baking paper
pada loyang serta gliss kan juga dgn butter
2. Chocolate masakan dicairkan dgn kaedah double boil setelah mencair
masukkan butter . biarkan kedua2nya larut dan tutup api serta sejukkan.
3. Ayak all purpose flour/tpg gandum, cocoa powder serta baking powder
dalam satu bekas. ketepikan
4. Dalam bekas yang lain pula pecahkan telur , masukkan brown sugar,
esen vanila beserta bancuhan nescafe. Kacau sebati dan gula larut
menggunakan hanya hand whisk. kacau agak2 dlm 2@3 minit sahaja
5. Kemudian tuangkan adunan chocolate masakan ke dalam adunan telor
dan kacau sebati
6. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ke dlm adunan
tadi...kaup balik sehingga sebati
7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digliss dengan butter..ratakan
permukaan adunan
8. Bakar adunan suhu 170c selama 40-45 minit atau hingga masak. Jangan
terlalu lama nanti brownies terlalu kering... setelah masak tempohnya
buka sedikit pintu oven biarkan brownies dlm 10-15 minit dlm oven.
kemudian baru dikeluarkan dan potong brownies waktu ia masih
panas...SELAMAT MENCUBA

Resipi Tauhu Berlauk

i memang suka makan tauhu, tak kiralah dalam keadaan mcm mana pon tauhu tu, tengok plak ada org share resipi tauhu berlauk... memang kena lah dengan timing dia, kan. Mehlah semua kite try ye.

hasil masakan dari FB Resepi Dapur added 2 new photos.



Resepi tauhu berlauk (Tak Cuba rugiiii..memang sedappp)
Bahan
4 ketul tauhu
2 tiub tauhu jepun
udang @ isi ayam
cili merah
daun bawang
daun sup
telur 4 biji
garam, serbuk lada putih, serbuk perasa(maggie cukup rasa)
caranya:
blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam.
lepas tu masukkan hirisan daun bwg & ciili merah.perasakan garam ,serbuk lada putih &serbuk maggi cukup rasa.gaul rata
lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi dlm bekas plastic.kukus dalam 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.lepas tu potong saiz yg dikehendaki..
pukul 2 biji telur..celup & goreng..