Monday, November 2, 2015

Resipi Tumis Laksa orang Terengganu

Hazirah Idris added 11 new photos — 
August 30Edited
Tumis Laksa Terengganu. Ada yang panggil mee calong. Ada yang makan dengan nasi, tapi kitorang makan cmtu je 😊 resepi arwah mak mertua yang dah diubah suai ikut tekak 

Bahan-bahan : satu peket mee lidi, sawi 2 ikat, ikan selayang 1/2kilo, lada hitam, bawang merah 9biji, bawang putih 7biji, budu.

*bawang putih, bawang merah, lada hitam agak2. Saya masak memang suka guna bawang banyak hehe.


Rendam mee lidi dalam air.


Siang ikan, rendam dalam garam/cuka sekejap. Toskan. Pastu ambil isi ikan sahaja, buang semua tulang temulang. Pisau kena tajam step ni.


Hasil isi ikan.


Cincang isi ikan sampai lumat. Cincang sekali dengan 3biji bawang putih, sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam. 

*resepi asal arwah mak mertua, tumbuk isi ikan dengan lesung batu sampai lumat hehe. Dulu takde food processor memang gigihkan diri tumbuk


Bawang merah, bawang putih tumbuk kasar. Lada hitam tumbuk halus.


Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam tumbuk tadi dengan sedikit minyak sampai layu dan naik bau. Bila dah naik bau masukkan air. Agak2 la air tu sendiri haha.


Isi ikan yang dah dikisar halus tadi bulat-bulatkan jadi fish ball.


Bila dah air dah mendidih masukkan fish ball tadi. Biarkan sampai fish ball masak. Lepastu masukkan budu 2-3sudu. Garam sesedap rasa. Ikut tekak korang la


Agak-agak rasa dah ok baru masukkan sawi yang dah siap dipotong. Lepastu masukkan mee lidi yang dah lembut dan ditos airnya. Tutup api. Terus makan. Kalau lambat makan nanti mee dia mengembang tak best dah makan



Taraa!!


No comments:

Post a Comment