Monday, November 2, 2015

Resipi KUIH PAUNG Terengganu

Tahu tak kuih apa ni? Popular di sebelah Pantai Timur terutamanya negeri Trengganu. Resepi hasil gabungan 2 resepi dari majalah Saji & dari Blog Masakan Kak Chah..terima kasih untuk kedua2nya. Resepi telah saya ubah sedikit mengikut kesuaian tekak. Pada yang berminat nak mencuba jom intai2 resepi






KUIH PAUNG
BAHAN INTI
5ekr ikan selayang @ kembung
1cwn santan
5ulas bwng merah
1inci halia
1sd teh lada hitam
Sedikit air
1sd teh halc
1kpng asam gelugor
1sd teh garam & gula
CARA :
- rebus & hancurkan isi ikan
- tumbuk @ kisar bwng mrh & halia
- gaul sebati isi ikan yg telah dihancurkan, bahan tumbuk @ kisar
- masukan dlm kuali, masukan garam, gula, halba & asam gelugor
- masak guna api sederhana hngga agak kering
BAHAN DOH @ KULIT KUIH
2cwn tpng pulut
2cwn kelapa muda parut
1cwn tpng gndum
1sd teh garam
Air secukupnya
CARA :
- gaul sebati tpng pulut, tpng gndum, kelapa parut muda & garam
- masukan air sikit2 hngga menjadi doh yang sebati
- ambil doh sebesar bola golf, leperkan & masukan inti, bulatkan semula kemas & susun dlm tray @ talam yg telah disapu minyak
- buat hngga habis
- biarkan seketika (15 minit)
- goreng kekuningan dngn api kecil
- kalau untk difrozenkan goreng 1/2 masak je

No comments:

Post a Comment